BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, June 10, 2009

PEMBUKA KATA

Assalamualaikum,
Saudara/Saudari yang saya muliakan, pernahkah kita terfikir sejanak tentang persoalan dibawah.

1. Setakat manakah kefahaman ku tentang Islam?
2. Apakah hakikat ibadah ku terhadap Allah?
3. Apakah corak yang mempengaruhi hidupku?
4. Adakah pemikiran ku masih dipengaruhi oleh unsur lain selain dari Al-Quran?
5. Adakah Jiwa Ku tenang?
6. Adakah aku Nampak masalah yang aku sedang hadapi dan masalah yang sedang dihadapi oleh masyarakat sekeliling ku?
7. Kemana arah tujuanku? Dan apakah yang harus aku persiapkan?
8. Bagaimana mengatasi masalah umat islam hari ini?
9. Kenapa umat Islam lemah?

dan banyak lagi persoalan yang masih berlegar-legar dalam benak pemikiran kita, sama ada kita peduli atau tidak, ini lah hakikatnya. Hari demi hari kita semakin cinta pada dunia yang menjurus kapada peruntukan masa keseluruhannya terhadap kesenangan dunia.
• Sehingga kita semakin LUPA bahawa sesungguhnya ada Alam lain yang kekal selamanya
• Kita juga semakin LUPA setiap detik kita menghampiri maut bukan menjahuinya
• LUPA mempersiapkan diri untuk menemui ALLAH azawajala
• LUPA untuk ambil tahu apakah perkara minimum yang ALLAH redha dan insyallah dapat menempatkan kita kedalam syurga
• LUPA untuk muhasabah diri sejauh mana kita telah hanyut dari landasan keredhaan ALLAH

dan banyak lagi perkara yang kita lupa dan semakin lupa sehingga kita tidak menyedari bahawa kita semakin hanyut jauh dari dataran kebenaran. Tapi……
• Mana mungkin kita mengetahui dimana kedudukan kita disisi ALLAH
• Mana Mungkin kita mengetahui bagaimana mendapat keredhaan ALLAH
• Mana Mungkin kita mengetahui apakah perkara minimum yang melayakkan kita mendapat keredaan ALLAH.
• Mana Mungkin kita mengetahui sejauh manakah kita telah hanyut dan kearah mana
• Mana Mungkin kita mengetahui arah dan jalan pulang

dan banyak lagi, kerana sesungguhnya kita berada dalam kegelapan yang amat pekat. Kerana kita tidak mengetahui dimanakah sempadan, kerana kita tidak mengetahui apakah keutamaan yang harus dipersiapkan.

Persoalannya adakah kita mahu terus hidup dalam kegelapan dan kejahilan?

Bagaimanakah jalan penyelesaiannya iaitu memahami “ILMU ALLAH”

• Mempelajari Ilmu ALLAH dan mendidik masyarakat (Dakwah & Tarbiah)
• Mengetahui sempadan sepertimana rangka kerja madrasah Rasulullah
• Memurnikan Aqidah
• Mempelajari mengikut silibus yang teratur

Saudara/Saudari yang saya hormati sesungguhnya saya juga masih dalam peringkat pembelajaran, bukanlah tujuan saya untuk meyuruh anda melupakan dunia, tapi hanya untuk mengingatkan supaya kita dapat memandu dunia kearah yang haq, bukan dunia ini menjadi sebuah kapal mewah yang tak berkemudi, hanyut tanpa arah tujuan nescaya tidak akan sampai ke destinasi. Supaya dapat mengeluarkan kita dari belenggu masalah dan berada diatas masalah itu justeru dapatlah kita Nampak dan mengetahui masalah yang dihadapi oleh kita dan umat islam sekalian. Semoga cahaya keimanan dapat menyuluh kegelapan dan membawa kita pulang ke jalan ALLAH S.W.T

INSYAALLAH,

0 comments: