BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, June 10, 2009

PENGENALAN

• Persoalan besar – kelemahan UTAMA umat Islam kini
– tidak adanya kebiasaan dan budaya tarbiyyah dalam kehidupan seharian mereka
– tiada kekuatan roh yang menjiwai aktiviti kehidupan mereka.
• Generasi zaman Rasulullah SAW dan para sahabatnya – menjadikan tarbiyyah sebahagian dari kehidupan mereka – menjadi contoh konkrit hidupnya roh tarbiyyah dalam satu masyarakat.
• Allah SWT membimbing,memimpin mereka menjadi umat terbaik, pilihan – gerak aktiviti mereka adalah penghayatan dan pengamalan al-Quran – melaksanakan suatu pola pendidikan yang paling benar dan tepat. Pola (model) pendidikan quraani yang “perfect” dalam seluruh hidup dan pembangunan jiwa insan.
• Firman Allah SWT :
“…Tetapi jadilah kalian orang-orang Rabbani,disebabkan kamu selalu mengajarkan al-Quran dan disebabkan kamu sentiasa mempelajarinya.”
(Al-Imran : 79)
• Rasulullah SAW menerima al-Quran dan mendidik para sahabatnya selama 23 tahun – Iqamatud Dien – setiap peristiwa, kesukaran, penderitaan merupakan proses interaksi mereka dengan al-Quran – roh,akal dan amalan hidup mereka terus berkembang menuju kesempurnaan kualiti dengan bimbingan dan petunjuk Allah SWT. Tanpa perjuangan dan jihad Qur’ani masyarakat Islam tidak akan tertegak.
• Dalam masyarakat berlaku kerja dakwah/tarbiyyah tetapi masih dalam bentuk yang juz’ie,tidak syamil dan mutakamil.
• Dakwah dan tarbiyyah difahami sekadar ceramah atau majlis ilmu – tidak ke arah pembentukan peribadi-peribadi dan peningkatan potensi-potensi ke arah melahirkan satu sistem daN terus tertegaknya syariah di kalangan mereka secara meluas sehingga menjana suatu kehidupan masyarakat yang melata diseluruh bumi.

0 comments: