BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, June 11, 2009

TUJUAN TARBIYAH

Setelah memiliki persepsi yang benar – selanjutnya meminta peserta tarbiyyah melakukan interaksi dengan Islam dalam empat bentuk :
1. Interaksi dengan hati yang membentuk aqidah – kemampuan berikhlas diri,menghambakan diri kepada Allah SWT. dan menolak segala bentuk kezaliman.
2. Interaksi dengan akal yang membentuk fikrah – tanda- tandanya menjadikan al-Quran sebagai landasan berfikir.
3. Interaksi dengan perasaan yang membentuk kesedaran Islami – tanda-tandanya menyukai hal-hal yang mendekatkan manusia kepada Allah SWT dan membenci hal-hal yang menjauhkan manusia kepada Allah SWT.
4. Interaksi dengan perbuatan yang melahirkan akhlak yang lurus – tanda-tandanya tingkahlaku yang sesuai dengan tuntutan al-Quran.

Peribadi Muslim yang telah terbentuk perlu ditingkatkan menjadi peribadi Da’i – ditahap ini peserta tarbiyyah sudah dilibatkan dalam harakah dan diberikan maklumat mengenai kondisi umat Islam kini serta musuh-musuh Islam yang telah merosakkan kehidupan umat – diperkenalkan fiqhud dakwah.
Disampaikan juga bahan-bahan mengenai pertarungan antara haq dan batil – mempunyai kesediaan untuk melaksanakan jihad – pembentukan ini ke arah melahirkan para murabbi yang unggul menjadi tauladan ditengah kehidupan umat.

0 comments: